Bersempena bulan Ramadgan al Mubarak ini SABS menjalankan aktitivi tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh ustaz dan ustazah SABS.Aktiviti ini berjalan pada dua sesi iaitu sesi pertama pada jam 1.45 hingga 1.55 petang bagi pelajar tahun 1,2 dan 3 manakala sesi kedua pula iaitu pelajar tahun 4,5 dan 6 pada pukul 3.20 hingga 3.30 petang
 |
sesi pertama |
 |
disampaikan oleh Usatazah Siti Hajar bte Ahmad |
Pelajar-pelajar tahun 1,2 dan 3 didedahkan tentang pelaksanaan puasa dan hikmah-hikmah yang dapat diambil di sepanjang bulan Ramadhan.
 |
sesi kedua |
 |
disampaikn oleh Ustaz Nur Hafis bin Othman |
Tazkirah Ramadhan ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar berkaitan
rahsia-rahsia dalam bulan Ramadhan serta memupuk semangat mengejar malam
lailatul qadr.
Biarpun dalam keadaan lapar dahaga ,pelajar tetap menumpukan perhatian yang secukupnya dengan apa yang disampaikan.Seperti kata-kata pujangga makanan jasad itu nasi ,makanan akal itu ilmu ,makanan rohani itu adalah iman.Jadi walaupun di dalam keadaan lapar pelajar-pelajar tetap dihidangkan dengan makanan yang berbentuk rohani.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan