Ahad, 29 Julai 2012

Aktiviti bulan Ramadhan

Bersempena bulan Ramadgan al Mubarak ini SABS menjalankan aktitivi tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh ustaz dan ustazah SABS.Aktiviti ini berjalan pada dua sesi iaitu sesi pertama pada jam 1.45 hingga 1.55 petang bagi pelajar tahun 1,2 dan 3 manakala sesi kedua pula iaitu pelajar tahun 4,5 dan 6 pada pukul 3.20 hingga 3.30 petang

sesi pertama

disampaikan oleh Usatazah Siti Hajar bte Ahmad
 Pelajar-pelajar tahun 1,2 dan 3 didedahkan tentang pelaksanaan puasa dan hikmah-hikmah yang dapat diambil di sepanjang bulan Ramadhan.

sesi kedua


disampaikn oleh Ustaz Nur Hafis bin Othman


 Tazkirah Ramadhan ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar berkaitan rahsia-rahsia dalam bulan Ramadhan serta memupuk semangat mengejar malam lailatul qadr.


Biarpun dalam keadaan lapar dahaga ,pelajar tetap menumpukan perhatian yang secukupnya dengan apa yang disampaikan.Seperti kata-kata pujangga makanan jasad itu nasi ,makanan akal itu ilmu ,makanan rohani itu adalah iman.Jadi walaupun di dalam keadaan lapar pelajar-pelajar tetap dihidangkan dengan makanan yang berbentuk rohani.

Sekian.

Isnin, 16 Julai 2012

Muqadimah

Bismillahirahmanirahim sebagai permulaan catatan dalam laman Sekolah Agama Bandar Segamat (SABS) .Saya mengalu-alukan kehadiran tuan/puan melawat laman ini dan dapat memberi sumbangan idea dan pandangan untuk memperbaiki lagi mutu perkhidmatan laman SABS ini.